top of page

Penduduk Pulau Berhala bakal menikmati air bertapis

nabalunews

23 Julai 2024


SANDAKAN: Penduduk Pulau Berhala, Sandakan bakal menikmati sistem air minuman penapisan nano berkuasa solar dan kerja-kerja pemasangan dijangka dimulakan dalam tempoh dua minggu lagi.


Satu lawatan kerja ke Pulau Berhala untuk pemasangan sistem ini juga telah dilakukan Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Papat yang juga Pengerusi Sabah Development Berhad, Datuk Frankie Poon Ming hari ini.


Turut serta, Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Liau Fui Fui, Timbalan Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Datuk Juhari Janan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jetama, Ahmad Naim Uddang, Pengurus Besar Jetama Water Sdn Bhd, Jude Abel Logijin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjong Papat, Max Million Lee.


Sebelum ini Pulau Berhala tidak mempunyai bekalan elektrik dan bekalan air terawat.


Inisiatif pemasangan sistem air minuman penapisan nano berkuasa solar yang dikenali sebagai "Jetama Self-Powered & Mobile Drinking Water System" itu adalah satu usaha bersepadu untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk tempatan dengan menyediakan akses kepada air minuman yang bersih dan selamat.


Frankie menambah pemasangan sistem air minuman ini juga merupakan satu langkah penting lagi signifikan ke arah memastikan penduduk Pulau Berhala mempunyai akses kepada bekalan air terawat.


"Ini adalah satu usaha yang sangat bermakna dan kami berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan projek ini," tambahnya.


Manakala Liau Fui Fui berkata, pihaknya sangat berbesar hati kerana dapat memainkan peranan utama dalam projek ini yang diharap akan dapat membawa impak besar kepada penduduk Pulau Berhala.


"Diharapkan penduduk Pulau Berhala dapat menikmati manfaatnya dalam tempoh yang panjang dan berterusan, sekaligus menyumbang kepada pembangunan yang lebih mampan dan inklusif," tambahnya.


Jelasnya, sistem air minuman penapisan nano berkuasa solar ini bukan sahaja menyediakan air minuman yang selamat dan bersih, tetapi juga mesra alam dan sesuai untuk digunakan di kawasan-kawasan yang tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik.


Pihaknya juga komited untuk terus menyokong dan memperluaskan akses kepada bekalan air bersih di seluruh Sabah, khususnya di kawasan-kawasan yang kurang mendapat perhatian.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page