top of page

PENDUDUK RAYU YB KIULU PERCEPAT PEMBAIKAN JALAN TIONG RATAU-SIMPODON

Wartawan Nabalu News

keadaan jalan Tiong Simpodon semasa banjir, petang kelmarin.

6 DIS 2020


Oleh Wartawan Nabalu News


TAMPARULI: Penduduk Tiong Ratau dan Tiong Simpodon merayu kepada kerajaan negeri terutama wakil rakyat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai supaya mempercepatkan pembaikan jalan raya di kampung itu.

Keadaan jalan Tiong Simpodon selepas banjir, hari ini.

Penduduk kampung mendakwa bahawa, keadaan jalan berkenaan bertambah teruk setiap kali hujan dan langsung tidak dapat dilalui apabila sungai melimpah mengakibatkan banjir di kawasan itu.


Wakil penduduk Kampung Tiong Ratau dan Simpodon Felix Dualis berkata, saiz kalbut yang dipasang di Sungai Kitogung agak kecil dan tidak dapat menampung aliran air sungai apabila banjir.

Felix Dualis

“Kami amat berharap agar wakil rakyat dapat membantu menyelesaikan masalah ini untuk kebaikan semua penduduk kampung yang melalui jalan berkenaan.


“Jalan ini adalah satu-satunya jalan perhubungan Tiong Ratau -Tiong Simpodon dan apabila banjir, tiada jalan alternatif lain kecuali menunggu banjir surut dan biasanya penduduk kampung bergotong royong membersihkan jalan berkenaan untuk dilalui,” katanya ketika menghubungi Nabalu News, hari ini.


Felix berkata, beberapa bulan lalu, jalan Tiong Ratau- Simpodon mengalami kerosakan akibat banjir, bagaimanapun atas inisiatif penduduk kampung Slyvester Soindi menghubungi kontraktor jalan yang dilantik dan tindakan pantas Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau, ia dapat dibaiki dengan cepat.


“Kami mahu penyelesaian jangka panjang iaitu menggantikan kalbut di kawasan itu dengan ukuran yang lebih besar ataupun kalau boleh membina jambatan supaya tiada lagi masalah jalan raya terputus walaupun berlaku banjir.

Antara punca Sungai Kitogung melimpah, kalbut tersumbat dan tidak dapat menampung aliran sungai yang banyak.

“Setiap kali hujan lebat dan berlaku banjir, kalbut tersumbat sebab tidak dapat menampung aliran air yang banyak menyebabkan air melimpah dan mengakibatkan banjir di jalan raya,” katanya.



Hujan lebat berterusan kelmarin mengakibatkan banyak kawasan dan jalan-jalan kampung di sepanjang Jalan Tomis-Tiong-Lokos mengalami kerosakan dan memerlukan perhatian daripada Wakil Rakyat Kiulu.


 

Anda boleh mengemukakan aduan melibatkan kepentingan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar kepada kami melalui email nabalunews@gmail.com


 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page