top of page

Penerima vaksin kini bole rakam gambar dan video suntikan vaksin

nabalunews

23 Julai 2021 KUALA LUMPUR: Penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) kini dibenarkan untuk merakam gambar atau video suntikan vaksin mereka. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 (PICK) yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, jururawat juga perlu menunjukkan picagari vaksin yang diisi kepada para penerima. Beliau berkata, ini bagi mengelak berlaku keraguan di kalangan para penerima vaksin. “Sekarang ini penerima vaksin bolehlah merakam video suntikan vaksin mereka,” katanya dalam sidang media hari ini. Khairy berkata demikian berikutan aduan dua individu yang mendakwa mereka menerima suntikan kosong. Selain itu terdapat juga dakwaan tidak dibenarkan merakam gambar dan video.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page