top of page
nabalunews

Penganiayaan haiwan: Kerajaan teliti semula Akta Kebajikan Haiwan 2015



7 November 2024


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) bagi mengenakan tindakan lebih tegas kepada pelakuan jenayah terhadap haiwan.


Ini kerana tingkah laku mendera dan menganiaya haiwan disifatkan tersasar dari nilai kemanusiaan.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya memandang serius beberapa kes kekejaman terhadap haiwan sejak kebelakangan ini.


“Apa yang berlaku ini memang diluar nilai-nilai kemanusian dan kementerian memandang serius perkara ini.


“Kita nak lihat akta yang ada memadai untuk menjaga dan mengawal haiwan ini supaya tindakan lebih tegas terhadap mereka (pelaku jenayah haiwan),” katanya dalam temubual eksklusif bersama Buletin TV3 di ibu negara, siang tad


Semalam, polis menahan seorang mekanik di Keningau selepas tindakannya memukul seekor anjing hingga mati menggunakan batang besi tular di media sosial.


Ketika ini, Akta 772 memperuntukkan hukuman denda minimum 20 ribu ringgit dan maksimum RM100,000 atau dipenjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Selain itu Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana menganiaya dan khianat terhadap haiwan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Berdasarkan data Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Selangor mencatatkan kes penderaan haiwan tertinggi iaitu lebih 3,000 kes, diikuti Kuala Lumpur lebih seribu kes.


Anjing, haiwan yang paling menjadi mangsa kepada kekejaman berkenaan dengan lebih 5,000 kes selain kucing hampir 2,000 kes.

Comments


bottom of page