Pengarah SKM Sabah tinjau tapak Rekreasi Aki Nabalu Kiralit KOPSARA di Kadamaian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pengarah SKM Sabah tinjau tapak Rekreasi Aki Nabalu Kiralit KOPSARA di Kadamaian

5 Februari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) satu daripada agensi dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi meninjau tapak Rekreasi Aki Nabalu Kiralit di Kg.Purak Ogis dalam kawasan Kadamaian, di sini.


Tinjauan itu diketuai oleh Pengarah SKM Sabah Matias Kundapin dan disertai beberapa pegawai daripada SKM Sabah.


Rekreasi Aki Nabalu akan diusahakan oleh Koperasi Keluarga Sagun Bin Rantaka (KOPSARA).


Pengerusi KOPSARA Alexius Sagun berkata, lawatan pihak SKM ke tapak itu adalah hasil usaha Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian untuk membantu membangunkan semula kawasan itu.

Beliau berkata, usaha untuk membangunkan kawasan itu sebagai pusat rekreasi sudahpun dimulakan beberapa tahun lalu namun terpaksa dibangunkan semula kerana kemudahan awal yang dibina musnah akibat banjir dan rosak kerana tidak dapat diselenggara sepanjang PKP yang lepas.


“Antara kemudahan yang musnah akibat banjir ialah lubuk buatan, lubuk bermain ikan (lubuk buatan yang dikorek menggunakan mesin) tertimbus batu menyebabkan tempat tersebut kembali seperti asal dan ikan-ikan kelah yang dipelihara hanyut ke sungai besar.


“Lubuk tempat mandi yang dikorek menggunakan jengkaut juga musnah, pondok rehat juga mengalami kerosakan kerana tidak dapat diselenggara semasa PKP yang lalu.

“Inilah antara sebab pengarah SKM mengadakan lawatan tapak yang musnah selain tapak cadangan membuat kolam mandi berkonsepkan landskap semula jadi,” katanya.


Alexius berkata, dalam lawatan itu, pegawai SKM banyak memberikan cadangan dan bimbingan kepada pihak koperasi apa yang perlu dilaksanakan untuk merealisasikan impian mereka menjadikan kawasan itu sebagai pusat rekreasi berkonsepkan alam semulajadi.


Turut hadir dalam lawatan itu jurulatih aktiviti Out Door Rosli Abdullah.


bottom of page