PENGASUH DAN IBU BAPA HARUS PATUHI SOP PEMBUKAAN SEMULA TASKA
- Wartawan Nabalu News
- Nov 13, 2020
- 1 min read

13 NOV 2020
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyediakan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan semula Taska yang berdaftar dengan Jabatan Perkhdimatan Am Sabah yang mesti dipatuhi oleh pengasuh dan ibu bapa.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, antara SOP yang perlu dipatuhi ialah kapasiti 50 peratus (tertakluk kepada keluasan lantai dan penjarakan sosial).
“Ibu bapa atau penjaga yang ingin menghantar kanak-kanak ke Taska harus memastikan anak-anak dalam keadaan sihat dan memakai pelitup muka.
“Kanak-kanak yang demam atau sakit atau suhu melebihi 37.5 darjah celsius ke atas tidak dibenarkan memasuki premis Taska,” katanya dan menambah tempoh operasi Taska ialah dari jam 6 pagi hingga 6 petang.
Masidi berkata, peraturan semasa menghantar kanak-kanak di Taska ialah ibu bapa atau penjaga dilarang keluar daripada kereta.















Comments