top of page

Pengedar dadah dipenjara seumur hidup

  • nabalunews
  • Apr 16
  • 1 min read


Haris (kiri) dan Soon diiring polis keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Tawau selepas dijatuhkan hukuman, hari ini.
Haris (kiri) dan Soon diiring polis keluar dari kamar Mahkamah Tinggi Tawau selepas dijatuhkan hukuman, hari ini.

16 April 2025

TAWAU: Seorang duda warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selama 30 tahun dan disebat 12 kali oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini selepas didapati bersalah mengedar 1,234 gram dadah jenis Methamphetamine, dua tahun lalu.


Tertuduh, Haris Jumain, 36, dijatuhkan hukuman tersebut bermula dari tarikh tangkap oleh Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas didapati bersalah di akhir kes pembelaan.


Lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu melakukan jenayah berkenaan di sebuah rumah tidak bernombor, Kg Tengah 2, Kalabakan jam 4 petang pada 16 Ogos 2023.


Manakala, seorang lagi pengedar dadah, Soon Jhien Haw, 32, warga tempatan turut dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selama 30 tahun dan disebat 12 kali oleh mahkamah sama.


Tertuduh didapati mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 379 gram di hadapan sebuah rumah di Lorong Bintang 3, Taman Bintang sekitar jam 5.55 petang pada 18 Januari 2024.


Haris dan Soon didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta yang sama.


Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan tidak kurang dari 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 kali, jika disabitkan kesalahan.


Pendakwaan kes dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif, manakala, kedua-dua tertuduh masing-masing diwakili peguam lantikan, Jhassary P. Kang dan Jhesseny P. Kang dan peguam Kamarudin Mohmad Chinki (Soon).

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page