top of page

PENGEMBARA DARI SABAH PERLU BUAT SARINGAN TIGA HARI SEBELUM BERLEPAS KE SEMENANJUNG

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 24, 2020
  • 1 min read

24 Nov 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, mulai 25 November (esok), semua pengembara yang tiba dari Sabah perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 tiga hari sebelum berlepas ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.


Beliau berkata, sekiranya individu itu positif ujian pengesanan Covid-19 atau bergejala, mereka tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan keluar dari Sabah.


“Bagi mereka yang positif Covid-19, mereka akan dirujuk ke hospital untuk isolasi, rawatan dan pemantauan. Manakala, bagi individu yang bergejala akan dirujuk untuk menjalani pemeriksaan.


“Bagi pengembara yang dibenarkan meneruskan perjalanan keluar dari Sabah pula, mereka akan melalui saringan demam dan gejala, pemeriksaan laporan ujian swab pengesanan Covid-19 dan diwajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera setibanya di Pintu Masuk Negara di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, sekiranya mereka mereka tidak bergejala dan laporan ujian makmal Covid-19 disahkan negatif, pengembara itu tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page