- nabalunews
Pengetua dan Guru Besar di Kota Belud diberi pendedahan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan
22 Ogos 2022
KOTA BELUD: Pengetua dan Guru Besar dari 9 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 57 sekolah rendah di sekitar Kota Belud menyertai Program Pembudayaan Pendidikan Digital bertempat di SMK Narinang, di sini hari ini.
Program ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada Pengetua dan Guru Besar untuk mengintegrasikan teknologi digital dalam ekosistem pendidikan.
Program sehari ini dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia (IAB-KPM) dengan Kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, unit Pendidikan, Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud, sekolah Islam persendirian (SIP) dan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) PPD Kota Belud.
Ceramah dan pengisian program disampaikan oleh 4 penceramah dari IAB-KPM diketuai Ketua Pusat Pembangunan Dan Pengurusan Teknologi IAB-KPM, Dr. Ihsan Ismail,
Pensyarah Kanan, jabatan ePembelajaran IAB-KPM, Ashraf Abdul Rahman, Pensyarah kanan, jabatan perancangan dan senggaraan ICT - IAB-KPM, Mariati Md. Noh dan pensyarah kanan, jabatan ePembelanjaran IAB-KPM, Masitah Hayati Md. Isa.
Program ini dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pendidikan Sabah, Yahya Mustafa mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
Turut hadir, Timbalan Pegawai Pendidikan daerah Kota Belud, Mokilau Rudin mewakili pegawai pendidikan daerah Kota Belud.
Program ini menekankan pembudayaan pendidikan digital kepada para pemimpin pendidikan di bawah Teras 3 iaitu Dasar Pendidikan Digital : Budaya Kepimpinan Digital Berwawasan.
Matlamat program ini juga adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menekankan pendidikan perkongsian amalan terbaik diperkasakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).
Objektifnya untuk menyemarakkan kesedaran dan memperkasa pemimpin pendidikan tentang peranan dan kepakaran dalam Pendidikan Digital seperti teras 3 Dasar Kepimpinan Digital.
Ia juga bagi menyediakan platform kepada pemimpin pendidikan untuk berkongsi hasil inovasi dan amalan terbaik proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam Digital dan pengurusan PdPc Fun Learning yang berkesan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya murid-murid bermasalah pembelajaran.
Pengetua dan Guru Besar yang hadir diberi pendedahan mengenai TERAS 3 pelantar 'Digital Educational Learning Initiative Malaysia' (DELIMa) dan Google workspace (termasuk Google keep), Google calendar, perisian Microsoft 365,
Microsoft teams dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan organisasi.
Comments