PENGGUNA YOUTUBE DIREMAN DUA HARI BERHUBUNG DAKWAAN CABUL
11 DIS 2020
KOTA BHARU: Seorang pengguna YouTube yang juga penerbit dan pengarah drama direman selama dua hari mulai hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul seorang wanita.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Kamarul Hasyime Rosli di Mahkamah Majistret Kota Bharu di sini hari ini.
Sebelum itu suspek berumur 22 tahun tiba di mahkamah kira-kira pukul 10.35 pagi dengan diiringi polis.
Siasatan terhadap pengguna YouTube itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Jumaat lepas, seorang wanita membuat satu laporan polis terhadap suspek yang beralamat di Kuantan, Pahang itu, berhubung dakwaan dicabul lelaki terbabit selepas sesi penggambaran sebuah drama pada 2 Ogos lepas di Kubang Kerian, di sini.
Suspek tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pagi semalam sebelum ditahan untuk siasatan lanjut. - Bernama
Comments