top of page

Pengisytiharan harta anggota pentadbiran dikuatkuasakan semula - PM

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 7, 2023
  • 1 min read

7 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu news


KUALA LUMPUR: Pengisytiharan harta oleh Anggota Pentadbiran akan dikuatkuasakan semula setelah format baharu yang lebih komprehensif bagi pelaporan pengisytiharan harta ini ditambah baik.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah (JKKMAR) yang dipengerusikannya bersetuju dengan cadangan tersebut.


Beliau berkata, mesyuarat juga memberi fokus kepada syor penambahbaikan tata kelola yang lebih holistik untuk mempertingkat kebertanggungjawaban, ketelusan, kecekapan dan keberkesanan sistem pentadbiran Kerajaan.


"Ekosistem tata kelola baik negara akan diperkukuh melalui Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance) sebagai panduan sektor awam berhubung pelaksanaan prinsip-prinsip tadbir urus baik.


"Indeks Governans Malaysia akan dijadikan mekanisme pengukuran tahap tata kelola baik di negara ini, manakala kajian pengwujudan Akta Tata Kelola akan dilaksanakan bagi memastikan amalan tata kelola baik yang berkesan," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut menyatakan bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) akan dibentangkan secara berkala di Mesyuarat Jemaah Menteri untuk tindakan susulan yang segera bermula dengan LKAN tahun 2022 dengan format baharu lebih berstruktur.


"Kerajaan juga bersetuju untuk meneruskan kesinambungan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dengan satu strategi baharu di peringkat nasional yang dikenali sebagai Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (National Anti- Corruption Strategies, NACS).


"Kerajaan memandang serius berhubung isu pengeluaran surat sokongan yang mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa sehingga menjejaskan imej pentadbiran Kerajaan.


"Sehubungan itu, satu Garis Panduan Pengendalian Sokongan oleh Anggota Pentadbiran dalam Urusan Kerajaan akan dikeluarkan bagi memastikan surat sokongan tidak disalahguna bagi tujuan kepentingan peribadi," tambah beliau.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page