Pengorbanan, semangat, dedikasi pekerja tunjang kemajuan negeri - Hajiji
- nabalunews
- May 1
- 1 min read

1 Mei 2025
KOTA KINABALU: Pengorbanan, semangat dan dedikasi warga pekerja menjadi tunjang kepada kemajuan negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Katanya, setiap titik peluh yang dicurahkan golongan pekerja sama ada di kota mahupun di desa, serta daripada sektor awam hingga ke sektor swasta merupakan nadi penting kepada pembangunan negeri Sabah.
“Kerajaan Negeri akan memperjuangkan hak, kebajikan dan peluang untuk para pekerja termasuklah membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan latihan kemahiran kepada anak-anak kita.

Hajiji berkata demikian menerusi hantaran di Facebooknya rasminya sempena Hari Pekerja 2025 yang disambut hari ini.
“Semoga Hari Pekerja ini menjadi tanda penghargaan atas segala usaha anda dan mendorong kita untuk terus membina negeri yang lebih adil, makmur dan sejahtera,” katanya.
Comments