- Wartawan Nabalu News
PENGUATKUASAAN TEMPAT LETAK KERETA AWAM DI BANDARAYA DILAKSANAKAN SEMULA MULAI HARI INI (13 JULAI)
13 Julai 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu memaklumkan bahawa Operasi Sistem Letak Kereta Berkupon dan Penguatkuasaan Undang-Undang Kecil (Tempat Letak Kereta Berkupon 2014) di Pusat Bandaraya dan semua kawasan Bandaraya Kota Kinabalu akan dilaksanakan semula seperti biasa, bermula hari ini (13 Julai).
Sehubungan itu, Mayor Bandaraya Datuk Noorliza Awang Alip berkata, para pengguna yang telah membeli Kupon Letak Kereta Bulanan (KLKB) bagi Jun 2021 dibenarkan untuk mempamerkan kupon itu sepanjang Julai 2021 dan tidak akan dikenakan Kompaun.
“Semua pengguna boleh membeli Kupon letak kereta dan membuat semakan serta pembayaran Kompaun di semua kaunter dan kiosk Bahagian Pengurusan Letak Kereta DBKK Holdings Sdn.Bhd yang beroperasi di seluruh kawasan Bandaraya,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Noorliza menasihatkan orang ramai yang yang datang berurusan dengan DBKK Holdings supaya terus mematuhi dan mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian topeng muka (Face Mask), penggunaan hand sanitizer, semakan suhu badan dan imbas kod MySejahtera yang disediakan.
“Mereka yang gagal mematuhi arahan boleh didakwa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya.
Maklumat lanjut mengenai kupon letak kereta hubungi pihak Bahagian Pengurusan Letak Kereta, DBKK Holdings di talian 088-270181/ 270182 atau Hotline whatsapp 010 56208856.
Orang awam juga boleh mengunjungi terus pejabat DBKK di KK Plaza, Lot 1.49 to 1.54, Tingkat 1, Jalan Lapan Belas, Kota Kinabalu,
Comments