top of page
  • Wartawan Nabalu News

PENJARA SUMBANG 50 PERATUS KES BAHARU DI SABAH HARI INI



18 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Penjara Kepayan Kota Kinabalu dan Penjara Tawau menyumbang 50.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes baharu positif Covid di Sabah hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun menyifatkan kenaikan mendadak itu sebagai “Hari Penjara”. “Daripada 666 kes baharu hari ini, penjara Kapayan mencatatkan 211 daripada 278 kes seluruhan yang dilaporkan di Kota Kinabalu manakala penjara Tawau pula merekodkan 124 daripada 145 kes yang dilaporkan di Tawau. "Secara keseluruhan 449 kes (67.4%) daripada jumlah keseluruhan kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada yang sudah pun diletakkan di bawah perintah PKPD," katannya. Masidi berkata, sebanyak 65.3 peratus (435) daripada semua pesakit (positif) berada dalam Kategori/Tahap 1 (tidak bergejala) manakala 33.8 peratus (225) dalam Kategori/Tahap 2 (bergejala tanpa radang paru-paru). “Ini bermakna 99 peratus daripada mereka yang disahkan positif hari ini hanya perlu menjalani rawatan di Pusat Kuarantin & Rawatan Covid) dan tidak perlu dimasukkan di hospital,” katanya.

bottom of page