top of page

Penunggang motosikal cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Tenom

  • nabalunews
  • Apr 4
  • 1 min read


4 April 2025


TENOM: Seorang penunggang motosikal cedera dalam kemalangan jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Kampung Uloi, Tenom pada 7:40 pagi tadi.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan melalui Talian Balai dan bertindak pantas dengan jentera tiba di lokasi kejadian dalam masa lima minit, iaitu pada jam 7:45 pagi.


Operasi tersebut diketuai oleh Komander Operasi, PBK I Shahril Sulaiman, bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom.


Menurut catatan operasi, kemalangan tersebut melibatkan tiga kenderaan iaitu Toyota Land Cruiser, Nissan Almera, dan motosikal jenis Yamaha LC135.


“Terdapat seorang mangsa penunggang motosikal dilaporkan cedera telah dihantar ke hospital oleh pihak Ambulans KKM sebelum ketibaan bomba. Mangsa di kenderaan lain dilaporkan dalam keadaan selamat,” menurut laporan dari Pusat Gerakan Operasi JBPM Negeri Sabah.


Operasi tamat pada jam 8:18 pagi selepas keadaan dilaporkan terkawal.


Jarak dari balai bomba ke tempat kejadian adalah tiga kilometer, dan operasi dijalankan dengan menggunakan satu jentera FRT-1. Agensi lain yang turut membantu ialah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Maklumat lanjut mengenai mangsa tidak dapat diperolehi setakat laporan ini dikeluarkan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page