Penunggang Motosikal Maut Terbabas Masuk Parit
- nabalunews
- Aug 3, 2025
- 1 min read

3 Ogos 2025
KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki terbabas sebelum terjunam ke dalam parit dalam sedalam 10 meter di Jalan Pintas Penampang berhampiran 88 Commercial Centre, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, remaja berusia 19 tahun terbabit dilaporkan meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.

Katanya, mangsa tercampak ke dalam parit konkrit sedalam kira-kira 10 meter dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa tidak memiliki lesen memandu manakala motosikal yang digunakan didaftarkan atas nama individu lain.
“Keadaan cuaca semasa kejadian juga adalah baik dan jalan tidak sibuk,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sehubungan itu, Kasim menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan keselamatan diri serta kenderaan sebelum memulakan perjalanan, khususnya pada waktu malam.















Comments