Penunggang motosikal, pemandu kenderaan maut kemalangan
- nabalunews
- Oct 27, 2024
- 1 min read

27 Oktober 2024
PAPAR: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi dan pemandu sebuah kenderaan maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo, dekat Kampung Purak, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, pemandu Perodua Kembara, Lidinus Jusim @ John Jusim Majanun, 75, dan penunggang motosikal Muhamad Eqzhamsyah Jinol, 34, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.20 pagi.
Katanya sepasukan 10 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Papar dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 12 kilometer dari balai.
“Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta Perodua Kembara dan sebuah motorsikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki .
“Terdapat dua mangsa terlibat dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut membantu di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Rozlan berkata, kedua-dua mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi bomba ditamatkan jam 10.32 pagi.
Hozzászólások