- Wartawan Nabalu News
Penyelenggaraan di Loji Rawatan Ai Kasigui sedang dijalankan: Shahelmey
2 Julai 2024
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, kerja-kerja penyelenggaraan air di Loji Rawatan Air (LRA) Kasigui sedang dijalankan.
Bagaimanapun Menteri Kerja Raya itu berkata, keadaan paras air sungai yang agak tinggi buat masa ini menjadi kekangan proses kerja-kerja penyelenggaraan akibat bencana banjir.
“Bagi mengelak gangguan air di kawasan terjejas, pihak Jabatan Air Negeri Sabah bersama Jetama Sdn. Bhd. mengambil inisiatif untuk mengaktifkan muka sauk Madziang dan mengepam air mentah dari muka sauk tersebut untuk dirawat di LRA Kasigui sebelum diagihkan kepada pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahelmey berkata, pihak Jabatan Air Negeri Sabah akan sentiasa memantau loji-loji rawatan air yang ada terutamanya pada musim bencana banjir bagi memastikan air bersih dan selamat untuk digunakan.
Beliau menasihati orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga serta peka terhadap perubahan cuaca yang tidak menentu.
Comentários