Perdana Menteri pengerusikan Mesyuarat MTPMA63 Di Sabah
12 September 2024
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1/2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.
Ketibaan Anwar pada 2.28 petang diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Turut hadir ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah iaitu Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya; ketiga-tiga Timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, serta beberapa menteri kabinet kerajaan Sabah dan kerajaan Sarawak.
Terdahulu, Anwar melawat Felda Sahabat di Lahad Datu bagi menghadiri Karnival Segalanya Felda, pagi tadi, sempena lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri
ke Sabah.
Comments