Persatuan alumni TUBE Sabah terima sumbangan RM30,000, bantu perkasakan usahawan kecil
๐ญ๐ฑ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ
๐ข๐น๐ฒ๐ต ๐ช๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ก๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐น๐ ๐ก๐ฒ๐๐
PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Persatuan Alumni Tunas Usahawan Belia (TUBE) Sabah (PANTAS).
Beliau berkata, ia adalah sumbangan daripada peruntukan khas menteriย sebagai sokongan bagi program-program pendidikan dan pemerkasaan usahawan TUBE khususnya di Sabah serta membantu mengurangkan kos pentadbiran tahunan PANTAS.
โPada Majlis Bersama Alumni Program TUBE Sabah, 11 November tahun lalu, saya telah menyatakan akan memberikan sejumlah geran pentadbiran tahunan untuk persatuan.
โIni adalah sebagai tanda sokongan dan galakan saya kepada persatuan ini supaya terus melaksanakan program-program bimbingan dan latihan kepada usahawan-usahawan TUBE atau bakal usahawan Sabah agar terus berjaya seterusnya menjadi contoh kepada bakal usahawan baharu,โ katanya.
Ewon berkata demikian selepas menerima kunjungan PANTAS dan menyampaikan sumbangan itu di Pejabat Tekun Penampang, di sini, kelmarin.
Sementara itu Presiden PANTAS, Azizul Julirin merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas kemurahan hati dan keprihatinan beliau terhadap keperluan persatuan.
โSaya amat terharu menerima sumbangan daripada YB Datuk Ewon kerana sejak persatuan ini diwujudkan pada 2017, kami tidak pernah menerima apa-apa sumbangan atau peruntukan daripada mana-mana organisasi untuk melaksanakan program-program.
โIni adalah pertama kali kami menerima sumbangan dan kami akan memanfaatkan peruntukan ini sebaik mungkin untuk faedah semua ahli persatuan serta bakal-bakal usahawan di Sabah. Kami melaksanakan pelbagai program antaranya bimbingan usahawan TUBE dan pensijilan.
โSaya yakin sumbangan ini juga akan membantu mengurangkan kosย pengurusan persatuan antarnya kos logistik, kerana ahli kita berada di seluruh Sabah,โ katanya.
Azizul berkata, sumbangan daripada Menteri KUSKOP itu juga adalah tanda pengiktirafan terhadap persatuan itu.
Comments