top of page

PERTANDINGAN GOLF TIDAK DIBENARKAN SEHINGGA 7 JUN INI

  • Wartawan Nabalu News
  • May 27, 2021
  • 1 min read


27 Mei 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memutuskan untuk tidak membenarkan penganjuran sebarang pertandingan golf berkuatkuasa serta merta sehingga 7 Jun ini. Dengan keputusan itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kebenaran penganjuran pertandingan golf yang dikeluarkan atau diluluskan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Sabah sebelum ini adalah dibatalkan dengan serta merta. “Kebenaran permainan atau sukan golf pada masa ini hanyalah bagi tujuan rekreasi sahaja. “Kebenaran ini juga adalah tertakluk hanya seorang pemain sahaja dibenarkan menggunakan sebuah buggy,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page