Pertandingan rekaan tanglung sempena Pesta Kuih Bulan di Sandakan
- nabalunews
- Aug 26, 2024
- 1 min read

26 Ogos 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
SANDAKAN: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.56 Tanjong Papat dengan kerjasama Wanita DAP Batu Sapi dan Persatuan Usahawan Perniagaan Sandakan akan mengadakan pertandingan Rekaan Tanglung Sempena Perayaan Pesta Kuih Bulan pada 8 September di Dewan Hakka, Sandakan.
Menerusi satu kenyataan, Pengerusi Penganjur, Liau Fui Fui, berkata, selain kategori tanglung tradisional menggunakan lilin dan tanglung kreatif elektrik moden, turut diadakan pertandingan video kreatif terbaik selama satu minit yang memaparkan proses menghasilkan tanglung berkenaan.
"Penyertaan terbuka untuk semua bagi membolehkan masyarakat mengetengahkan kreativiti serta bakat masing-masing dalam menghasilkan tanglung," tambahnya.
Katanya, penyertaan kini dibuka sehingga 5 September dimana orang ramai boleh mendapatkan borang di Pusat Khidmat ADUN N.56 Tanjong Papat atau secara dalam talian menerusi pautan https://drive.google.com/file/d/1T4fQg98whb-xPhDyb4wxOMnAXjLLwvNN/view?usp=drive_link atau boleh menghubungi Cik Hiew Vun Sie di talian 0168260069.
Pereka tanglung tradisional yang berjaya mendapat tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM600, tempat kedua RM300 dan ketiga RM200.
Manakala pemenang tempat pertama bagi rekaan tanglung kreatif akan menerima wang tunai RM600, tempat kedua RM300 dan ketiga RM200.
Bagi video kreatif terbaik pula, tiga pemenang akan menerima hadiah khas wang tunai RM100.
Comments