PESAWAT TUDM AIRBUS 400 BERLEPAS KE TAWAUPESAWAT TUDM AIRBUS 400 BERLEPAS KE TAWAU
top of page
  • nabalunews

PESAWAT TUDM AIRBUS 400 BERLEPAS KE TAWAU


17 OKTOBER 2020

KOTA KINABALU: Pesawat TUDM Airbus 400 berlepas pagi ini dari Subang ke Tawau membawa aset dan pasukan hospital medan.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah menerusi laman sosial Facebook dipetik sebagai berkata, Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tawau sedang giat dibangunkan di Kompleks Sukan Tawau yang terletak 10 hingga 12 minit perjalanan dari Hospital Tawau.

“Hospital Medan ini akan digunakan untuk merawat pesakit bukan Covid-19 khususnya untuk perkhidmatan perubatan am, pembedahan am, obstetrics & gynaecology, orthopaedic dan paediatric,” katanya.

Katanya lagi, ini bagi membolehkan Hospital Tawau memberi tumpuan kepada merawat pesakit COVID-19.


Kerja-kerja pengwujudkan hospital medan ini, dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ATM.

bottom of page