PETISYEN RAKYAT MOHON PARLIMEN DIBUKA SEGERA
29 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Satu kempen dalam talian ‘Rakyat Mohon Perkenan YDPA Buka Parlimen Segera’ diwujudkan bagi mengumpul sokongan daripada rakyat negara ini yang mahu persidangan Parlimen dibuka segera.
Menurut keterangan ringkas dalam petisyen itu Parlimen perlu dikembalikan fungsinya untuk berbahas mengenai Pelan Pemulihan Negara bagi membendung pandemik Covid-19 yang semakin parah.
“Kami Rakyat Malaysia dengan ini memohon perkenan kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong supaya menitahkan Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin agar mengadakan sidang Parlimen dalam kadar segera sebagaimana dititahkan oleh Tuanku.
“Seperti peruntukan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan; Parlimen perlu dikembalikan fungsinya untuk berbahas berkenaan Pelan Pemulihan Negara untuk membendung wabak pandemik Covid-19 yang semakin parah,” menurut keterangan ringkas dalam petisyen itu.
Orang ramai boleh memberikan sokongan dengan menandatangani petisyen ini melalui https://www.change.org/p/rakyat-malaysia-rakyat-mohon-perkenan-ydpa-buka-parlimen-segera.
Comments