top of page

PETRA komited perkukuh bekalan air dan elektrik untuk rakyat

  • nabalunews
  • Nov 24, 2024
  • 1 min read

 


24 November 2024

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) terus mengutamakan keselesaan rakyat dengan memastikan perkhidmatan bekalan air dan elektrik berjalan lancar serta lestari di seluruh negara. 

 

Menteri PETRA, Datuk Seri Fadillah Yusof, menegaskan komitmen kementerian itu untuk memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan melalui pelbagai program dan projek yang melibatkan kerjasama semua pihak. 

 

"Pencapaian itu dari segi projek dan program, insya-Allah, beterusan. Tapi, paling penting untuk melibatkan semua stakeholders (pemegang taruh) di peringkat negeri dan individu, masyarakat dan sebagainya. 

 

"... Untuk kita bawa bersama penglibatan, sebab hendak menjaga kelestarian alam sekitar, kita hendak memastikan keterjaminan bekalan elektrik dan air. Ini semua kita mainkan peranan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, lapor Berita RTM. 

 

Fadillah turut menyatakan bahawa PETRA sedang memperluaskan usaha melalui penambahan kuota sebanyak 50 megawatt (MW) untuk program Net Energy Metering (NEM) bagi kategori NEM Rakyat. 

 

Bagi memastikan transformasi sektor air mampan, kementerian juga melaksanakan pelbagai inisiatif, antaranya Program Tebatan Banjir, Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara, Program Sungai Denai Kebangsaan, serta Program Pemuliharaan dan Pembersihan Sungai. 

 

 

Bình luận


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page