top of page

PGA Rampas 125,000 batang rokok seludup

  • nabalunews
  • Jul 1
  • 1 min read

1 Julai 2025


KUNAK: Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan seorang lelaki selepas didapati membawa 125,000 batang rokok seludup yang sarat dalam kenderaannya, di kawasan Kunak Jaya, di sini, semalam.


Lelaki terbabit ditahan selepas berkaya dipintas pasukan operasi yang menjalankan Operasi Bersepadu Intra/Inter-Op Taring Alpha 1, hasil risikan bersama Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak.


Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, sebaik ditahan, pihaknya mendapati kenderaan Proton Saga yang dipandu suspek dipenuhi dengan kotak berisi rokok.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati, semua muatan yang ditutup dengan plastik hitam berisi putih serta rokok kretek disyaki tidak bercukai.


"Pasukan operasi terus merampas keseluruhan 95,000 batang rokok putih, 30,000 batang rokok kretek pelbagai jenama dan sebuah kenderaan yang digunakan untuk aktiviti pengedaran.


"Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan melebihi RM218,000," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mendapat bekalan rokok dari Tawau sebelum cuba diedarkan di sekitar daerah Kunak.


"Suspek bersama barang rampasan diserahkan kepada IPD Kunak dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

"Kejayaan ini turut membuktikan ketegasan PGA Briged Sabah dalam memerangi kegiatan penyeludupan yang semakin licik, khususnya di kawasan rentas sempadan," katanya.

Commenti


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page