top of page
  • Wartawan Nabalu News

PIBG SMK Konven St Cecilia hulur sumbangan kepada murid kurang mampu



19 Ogos 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


SANDAKAN: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Konven St Cecilia, Sandakan meneruskan usaha membantu 40 murid kurang berkemampuan dengan menyumbangkan bantuan peralatan sekolah dan kupon makanan bagi pembelian di kantin sekolah selama waktu persekolahan tahun ini.


Yang dipertua PIBG Dr.Peter Jr.Naintin berharap sumbangan itu dapat meringankan sedikit bebanan ibu bapa pelajar berkenaan seterusnya memberi sokongan dan semangat kepada pelajar untuk terus ke sekolah.


Dr.Peter menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar sekolah itu.

“Jangan gunakan alasan kegagalan dan status kemiskinan itu sebagai satu halangan dalam kehidupan dan pembelajaran.


“Gunakan alasan ini sebagai satu pendorong untuk menjadi insan modal yang boleh membantu orang lain pada masa hadapan,” katanya pada Program Sumbangan Kebajikan Murid Miskin, baru-baru ini.


Dr.Peter berharap sumbangan itu juga dapat memberikan motivasi kepada pelajar agar senantiasa ingat kepada keluarga dan berusaha menjadi pelajar yang baik sehingga ke menara gading.


“Rahsia kejayaan dalam pembelajaran adalah disiplin dan usaha yang dipraktik secara konsisten setiap hari untuk mencapai sasaran keputusan peperiksaan yang cemerlang.


“Ini dapat dilakukan dengan pengurusan masa yang baik dalam aktiviti pembelajaran, kesihatan dan kerohanian bersama keluarga,” katanya.


Turut bersama pengetua dan warga kepimpinan SMK Konven St Cecilia.

bottom of page