top of page

Pihak Berkuasa Pantau Kehadiran Buaya Di Kawasan Banjir

  • nabalunews
  • Apr 4
  • 1 min read


4 April 2025


KINABATANGAN: Pihak berkuasa melibatkan beberapa agensi diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi memantau kehadiran buaya sepanjang bencana banjir di daerah ini.


Ia berikutan satu aduan diterima daripada penduduk terjejas banjir di Pangkalan Bukit Garam, di sini, yang melaporkan kehadiran seekor buaya di jambatan Kampung Muhibbah, pada Jumaat.


Susulan itu, pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikerah untuk membuat pemantauan di lokasi terlibat.



Dipercayai buaya itu adalah buaya yang sama yang telah membaham seorang anggota pertahanan awam yang terkorban semasa keluar memancing lalu dibaham reptilia itu pada tahun 2018.


Difahamkan, selain pemantauan, pihak JHL juga telah memasang perangkap di lokasi berkenaan dan kawasan sekitar termasuk kawasan Tanjung Bulat yang juga lokasi habitat buaya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page