top of page
  • Wartawan Nabalu News

Pindaan Perlembagaan MA63 tidak dapat dilaksana tanpa MoU: Madius



14 Disember 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau (UPKO-Tuaran berkata, pindaan Rang Undang-undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2021 berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak dapat dilaksanakan tanpa Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri.


Beliau berkata, walaupun MoU ini dikecam oleh sesetengah pihak namun, hal pelaksanaan MA63 adalah antara syarat yang telah dipersetujui.


“Syukur, hari ini adalah sebahagian daripada MoU. Tiada MoU tiadalah pindaan ini,” katanya dalam Ucapan Perbahasan di Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur, hari ini.


Madius berkata, pindaan itu sememangnya ditunggu-tunggu sejak pengumuman YB Langkawi Perdana Menteri ketujuh, semasa Sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu pada 16 September 2018.


“Bahawa di mana Sabah dan Sarawak adalah rakan setara atau equal partner Federation of Malaya dan perlu dilaksanakan melalui pindaan Artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan.


“Kerajaan Pakatan Harapan telah pun bentangkan di Dewan ini namun, tidak mendapat sokongan dua per tiga pada ketika itu.


“Tuaran berharap pada kali ini walaupun pindaan itu sama saja dengan Pindaan yang telah dibentangkan pada ketika itu, kita berharap mereka yang tidak sokong pada ketika itu, sokonglah pada kali ini,” kata Madius.


bottom of page