- Wartawan Nabalu News
PKP DI NABAWAN SELAMA DUA MINGGU MULAI 3 MAC
1 Mac 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di daerah Nabawan bagi mengawal penularan wabak Covid-19 bermula 3 Mac sehingga 16 Mac depan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD di seluruh Nabawan adalah susulan jumlah kes yang disebabkan oleh Kluster Sinsingon yang mencatatkan peningkatan di beberapa lokaliti lain di daerah berkenaan.
“Di mana terdapat sejumlah 15 buah kampung telah terlibat dengan jumlah kes kumulatif sebanyak 177 kes positif,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Justeru itu, Masidi berkata berdasarkan kepada penilaian risiko dan penelitian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), PKP akan dilaksanakan di
Daerah Nabawan bagi mengawal penularan wabak Covid-19.
“PKP akan dilaksanakan bermula 3 Mac sehingga 16 Mac seperti yang telah diumumkan dalam Kenyataan Media Menteri Kanan Pertahanan hari ini,” katanya.KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di daerah Nabawan bermula 3 Mac hingga 16 Mac ini, bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di daerah itu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKP di seluruh Nabawan adalah susulan peningkatan mendadak kes Kluster Sinsingon di beberapa lokaliti lain di daerah berkenaan.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak melibatkan kluster di daerah Nabawan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.
“Sehingga 28 Februari, secara kumulatif sebanyak 177 kes positif telah dilaporkan, melibatkan 15 buah kampung di daerah ini.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri Sabah bersetuju melaksanakan PKP di Nabawan bermula 03 Mac sehingga 16 Mac ini,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Comments