PKPD DI EMPAT LOKALITI DI TAWAU, SANDAKAN MULAI 27 JUN HINGGA 10 JULAI
- Wartawan Nabalu News
- Jun 25, 2021
- 2 min read
Updated: Jun 26, 2021

25 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di empat lokaliti melibatkan daerah Tawau dan Sandakan, pada 27 Jun sehingga 10 Julai ini.
Lokaliti-lokaliti itu ialah di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih Tawau dan Lorong 12, 15 & 16, Taman Fajar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni Sandakan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.
Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes Covid-19 di dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Kampung Baru Pasir Putih
“KKM telah merekodkan 12 kes positif di Kampung Pukat Tanjung Batu Laut selepas 31 individu disaring manakala di Kampung Baru Pasir Putih, sebanyak 50 ujian saringan dilakukan dan 10 daripadanya dilaporkan positif Covid-19.
“Pada masa sama, KKM mengesahkan trend kes telah meningkat dan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di dua lokaliti di Tawau berkuat kuasa 27 Jun sehingga 10 Julai selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Masidi berkata, bagi Lorong 12, 15 & 16, Taman Fajar dan PPR Taman Murni Sandakan pula, KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam tempoh singkat apabila 17 kes positif telah direkodkan di Lorong 12, 15 & 16, Taman Fajar selepas 91 orang menjalani ujian saringan manakala di PPR Taman
Murni, 42 orang disaring dan 15 disahkan positif Covid-19.
“Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan ini,” katanya.
E















Comments