top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKP DI TAWAU DILANJUTKAN SEHINGGA 30 APRIL


Datuk Masidi Manjun

15 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di daerah Tawau dilanjutkan sehingga 30 April ini kerana masih terdapat peningkatan kes aktif Covid-19 di kawasan itu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sehingga kini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan masih terdapat peningkatan kes aktif Covid-19 iaitu daripada 124 kepada 729 kes dalam tempoh 14 hari.


"KKM turut melaporkan banyak kes baru dikesan dan 11 lokaliti di dalam daerah Tawau kini sedang dilaksanakan PKPD.


"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju untuk melanjutkan PKP di Tawau bermula 17 April sehingga 30 April ini," katanya.


Comments


bottom of page