top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKP: PERKHIDMATAN CUCI KERETA DIBENARKAN



14 Jan 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perkhidmatan mencuci dan menggilap kenderaan dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sebagai rantaian penyelenggaraan automatif dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pengusaha perlu menyediakan pekerja yang mengawal keluar masuk pelanggan.


“Waktu operasi yang dibenarkan ialah mulai jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Bagi sektor pembinaan pula, Masidi berkata, sebagai menyokong sektor itu, operasi kuari adalah dibenarkan bermula jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Comments


bottom of page