top of page
  • Wartawan Nabalu News

PKP: SURAT MITI TIDAK PERLU RENTAS DAERAH BAGI ESSENTIAL SERVICES & ESSENTIAL GOODS


Gambar Hiasan

2 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Tiada keperluan Surat Kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk rentas daerah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah bagi pekerja essential services & essentials goods.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, bagi aktiviti nelayan dan gerai pula, nelayan yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan dinasihatkan untuk mendapatkan Lesen Perikanan di pejabat Perikanan Daerah.


"Manakala gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan pula adalah dibenarkan bagi membolehkan petani dan nelayan menjual hasil tangkapan dan tanaman mereka.


"Pihak Penguatkuasa akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang berniaga

tanpa lesen operasi yang sah," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Mengenai operasi pelabuhan pula Masidi berkata, operasi pelabuhan 24 jam di dalam kawasan pelabuhan adalah dibenarkan untuk lapan buah pelabuhan di bawah Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah dalam tempoh PKP ini.


Sementara itu katanya, operasi jeti di dalam kawasan jeti persendirian utama yang memerlukan pengoperasian berterusan atas keperluan produk/kargo import dan eksport juga dibenarkan beroperasi 24 jam.


"Bagi operasi sektor Logistik Pengangkutan Darat dan Penstoran adalah dihadkan dari jam

6 pagi hingga 8 malam," katanya.


Comments


bottom of page