PKPB: 47 KOMPAUN DIKELUARKAN, 164 KENDERAAN DIARAH BALIK
- Wartawan Nabalu News
- Nov 8, 2020
- 1 min read

8 Nov 2020
KOTA KINABALU: Sebanyak 47 kompaun dikeluarkan dan 164 buah kenderaan diarah berpatah balik atas kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19, di seluruh Sabah.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kompaun itu dikeluarkan semasa sekatan jalan raya (SJR) yang dilaksanakan di 66 SJR melibatkan pemeriksaan 43,235 buah kenderaan.
Beliau berkata, PDRM juga telah melaksanakan 84 hebahan melalui kereta peronda.
“Kadar pematuhan penduduk terhadap SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ialah 97.20 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Masidi berkata, penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marin melibatkan 55 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 24 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan.
Comments