top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

PKPD akan dilaksanakan di sembilan lokaliti di Sabah mula 22 Ogos


20 Ogos 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Sembilan lokaiti melibatkan daerah Kota Belud, Lahad Datu, Tawau dan Tongod akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 22 Ogos hingga 4 September ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, empat lokaiti di Kota Belud iaitu Kampung Kulambai, Kampung Kulambai Kupang dan Kg.Kulambai Gundau, Kg.Labuan, Kg. Ambong Tolus dan Kg.Tuguson. “Masing-masing dua lokaliti di Lahad Datu iaitu Perumahan Ladang Cantawan Silabukan dan Perumahan Lestari, Felda Sahabat 48. Manakala di Tawau pula melibatkan Taman Milennium dan Taman Kinabutan Ria. “Satu lokaiti di Tongod melibatkan Kampung Tangkuyan Tongod,” katanya dalam kenyataan media hari ini. Masidi berkata, PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19. Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD di tiga lokaliti iaitu Bandar Sinsuran Kota Kinabalu, University Condo Apartmen 2 dan Rumah Murah Kepayan. “PKPD di tiga lokaiti itu yang sepatutnya dijadualkan tamat pada 21 Ogos, dilanjutkan sehingga 4 September ini. “Berdasarkan analisa oleh KKM mengenai risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD di lokaliti berkenaan dilanjutkan,” katanya.

bottom of page