top of page
Wartawan Nabalu News

PKPD COUNTRY HEIGHTS DAN VISTA MININTOD APARTMENT PENAMPANG MULAI 16 JUN - 29 JUN



14 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Penampang iaitu Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartmen akan berkuatkuasa 16 Jun hingga 29 Jun ini.


Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi Covid-19 di dua lokaliti berkenaan.


"KKM mengesahkan terdapat peningkatan ketara kes dalam tempoh dua minggu apabila sebanyak 18 kes positif telah direkodkan daripada 25 disaring di Country Heights Apartment dan 14 kes positif di Vista Minintod Apartment hasil saringan ke atas 21 orang.


"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartment bermula 16 Jun sehingga 29 Jun ini.


Beliau berkata, pelaksanaan PKPD akan memudahkan tindakan kawalan COVID-19 dijalankan dengan cepat dan berkesan, seterusnya menghalang penularan lanjut dalam kawasan terlibat serta ke komuniti luar.

Comments


bottom of page