- Wartawan Nabalu News
PKPD di 10 lokaliti termasuk enam di Kota Kinabalu mulai 25 Julai

23 Julai 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 10 lokaliti melibatkan daerah Kudat, Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan dan Papar bermula 25 Julai hingga 7 Ogos ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu enam lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Taman Sepanggsr, Blok D & E Apartment Angkasa, Bandar Sinsuran, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Rampayan dan Kampung Lokub. “PKPD turut dilaksanakan di Kampung Kolam Kudat, Taman Sabana Fasa 1 Keningau, Kampung Berhala Darat dan Kg.Melayu Bumiputera Sandakan serta Kampung Nagapas, Jalan Kebun Lama Papar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, pelaksanaan PKPD bertujuan menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti itu.