top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

PKPD di 23 lokaliti bermula 25 Ogos ini



23 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Sebanyak 23 lokaliti melibatkan beberapa daerah akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 25 Ogos hingga 7 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, daerah yang dikenakan PKPD ialah Kota Kinabalu (enam lokaliti), Penampang dan Tawau masing-masing sebanyak empat lokaliti, Kinabatangan (tiga lokaliti), Lahad Datu dan Papar masing-masing dengan dua lokaliti serta Kalabakan dan Sipitang masing-masing satu lokaliti.


Menurutnya, enam lokaliti yang dikenakan PKPD di Kota Kinabalu ialah Kampung Cenderamata 2 dan Kg Cempaka Likas,  Kampung Inanam Laut,  Kampung Bambangan, Inanam,  Kampung Keliangau, Kampung Lapasan, dan  Taman Kuala Menggatal.


"Empat lokaliti di Penampang pula melibatkan Delta Height, Kampung Sindaanan, Rain Field Garden dan Maju Kota Lights Industri, Jalan Lama Penampang.


"Empat lokaliti di Tawau Kampung Tanjung Batu Tengah  Taman Ranggu Saujana  Kampung Sungai Tamang, Pulau Sebatik  Tangjung Batu Laut, Logpon manakala tiga lokaliti di Kinabatangan melibatkan Kampung Pelangi, Kampung Sri Manis, dan Ladang Sungai Pin," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Tambah Masidi, dua lokaliti di Lahad Datu pula melibatkan Perumahan Ladang Sahabat 55 dan  Taman Perumahan Satu, serta dua lokaliti di Papar ialah Taman Limawan, Kinarut  dan Kampung Mondikot.


Satu lokaliti di Kalabakan dan Sipitang ialah Ladang Mawang dan Kem Saw Mill (Kilang Papan) Mengayam Sri Arjuna.


"PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.


"Secara keseluruhan, jumlah PKPD aktif setakat ini ialah sebanyak 115 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Tawau (31 lokaliti), Kota Kinabalu (20 lokaliti), Tuaran (12 lokaliti), dan Kota Belud (11 lokaliti)," katanya.


Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD di dua lokaliti iaitu di Taman Kinarut Ria, Papar dan Kampung Kota Tuaran, Tuaran.


“PKPD di dua lokaiti itu yang sepatutnya dijadualkan tamat pada 24 Ogos, namun dilanjutkan sehingga 7 September ini.


“Berdasarkan analisa oleh KKM mengenai risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD di lokaliti berkenaan dilanjutkan,” katanya

bottom of page