PKPD DI BEBERAPA KAMPUNG DAERAH BEAUFORT, PULAU BANGGI, SANDAKAN, LIKAS MULAI 10 JUN
8 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kampung melibatkan daerah Beaufort, Pulau Banggi, Sandakan dan Likas berkuat kuasa 10 Jun hingga 23 Jun ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes Covid-19 di Taman Wawasan, Beaufort.
Beliau berkata, sehingga kini KKM telah melakukan 37 saringan dan 23 daripadanya disahkan positif Covid-19 dengan kadar positiviti direkodkan ialah 62.16 peratus.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Taman Wawasan, Beaufort.
“Pelaksanaan PKPD ini bertujuan menjalankan pengesanan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Masidi berkata, PKPD Kampung Batu Layar Pulau Banggi juga akan dikuatkuasakan bermula 10 Jun ini
Beliau bekrata, sehingga kini KKM telah melakukan 11 saringan dan tujuh daripadanya disahkan positif Covid-19 dengan kadar positiviiti direkodkan ialah 63.64 peratus.
Masidi berkata, PKPD di dua lokaliti Sentosa Sandakan iaitu Kampung Sungai Obar, Batu 7 danFasa 9B, Taman Indah Jaya
“Sehingga kini, sebanyak 10 kes dilaporkan di Kampung Sungai Obar, Batu 7 hasil saringan ke atas 27 penduduk manakala di Fasa 9B, Taman Indah Jaya, 18 kes positif direkodkan selepas 112 penduduk menjalani ujian saringan.
Manakala bagi Kampung Likas pula, ketika ini KKM mendapati berlaku peningkatan kes yang amat ketara dalam tempoh singkat apabila sebanyak 22 kes positif telah direkodkan di lokaliti tersebut.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Likas.
“Pelaksanaan PKPD bertujuan memastikan penduduk yang berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan,” katanya.
Comments