Jacquline Ebit
PKPD di dua lokaliti di Kota Belud bermula 5 September
3 September 2021 Oleh Jacquline Ebit KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di dua lokaliti di Kota Belud bermula 5 September hingga 18 September ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah Kampung Labuan dan Kampung Ambung Tolus.
"PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Secara keseluruhan, jumlah PKPD aktif setakat ini telah menurun kepada 98 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Tawau (24 lokaliti), Kota Kinabalu (10 lokaliti), dan Penampang (lapan lokaliti).
Comments