top of page

PKPD DI DUA LOKALITI DI KUNAK PADA 24 JUN HINGGA 7 JULAI

  • Wartawan Nabalu News
  • Jun 22, 2021
  • 1 min read


22 Jun 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKKPD) di Kampung Pangi Hujung dan Kampung JKR Lama Tawau akan dilaksanakan bermula 24 Jun hingga 7 Julai ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Mnajun berkata, pelaksanaan PKPD ini untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.


“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 16 ujian saringan di Kampung Pangi Hujung dan 11 kes direkodkan manakala di Kampung JKR Lama, sebanyak 15 kes dikesan hasil daripada 42 saringan di lokaliti tersebut.


“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di dua lokaliti di Kunak,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.




 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page