top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

PKPD di dua lokaliti melibatkan Kudat dan Tawau bermula 24 Ogos ini



22 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABALU: Dua lokaliti melibatkan daerah Kudat dan Tawau akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 24 Ogos hingga 6 September ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah Kampung Buanog Matunggong, Kudat dan Kampung Balung Cocos, Tawau.


"PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.


"Secara keseluruhan, jumlah PKPD aktif setakat ini ialah sebanyak 115 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Tawau (31 lokaliti), Kota Kinabalu (20 lokaliti), Tuaran (12 lokaliti), dan Kota Belud (11 lokaliti)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD di dua lokaliti di Tawau iaitu Kampung Pukat Tanjung Batu Laut dan Taman Semarak Indah.


“PKPD di dua lokaiti itu yang sepatutnya dijadualkan tamat pada 23 Ogos, namun dilanjutkan sehingga 6 September ini.


“Berdasarkan analisa oleh KKM mengenai risiko serta trend jangkitan Covid-19, PKPD di lokaliti berkenaan dilanjutkan,” katanya

bottom of page