PKPD di empat lokaliti bermula 15 September ini
- Wartawan Nabalu News
- Sep 13, 2021
- 1 min read
Updated: Sep 14, 2021

13 September 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Empat lokaliti di beberapa daerah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 15 September hingga 28 September ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti tersebut ialah Kilang Fu Yee, Brantian di Kalabakan, Kampung Rugading di Kota Marudu dan Kampung warisan dan Rumah Pangsa Tanjung Aru di Kota Kinabalu.
"PKPD di lokaliti berkenaan dilaksanakan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19.
"Secara keseluruhannya, jumlah PKPD aktif setakat ini telah menurun kepada 39 lokaliti, dengan bilangan tertinggi di Ranau (sembilan lokaliti)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Tambah Masidi, PKPD di dua lokaliti melibatkan daerah Tawau dan Tongod akan ditamatkan seperti yang dijadualkan iaitu pada 14 September.
"Lokaliti tersebut ialah Kampung Hidayat, Batu 4 di Tawau, dan Kampung Penangah, Tongod," katanya.
Setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa, PKPD ditamatkan di lokaliti berkenaan, kata Masidi.















Comments