PKPD DI EMPAT LOKALITI DI TAWAU DAN KG.PENGARABAN KUDAT BERMULA 5 JUN INI
3 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di empat lokaliti di Tawau dan Kampung Pengaraban Kudat berkuatkuasa 5 Jun hingga 18 Jun ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyekat pergerakan dan penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko ke lokaliti lain.
“KKM hari ini melaporkan situasi semasa kes Covid-19 melibatkan empat lokaliti di Tawau iaitu Taman Millenium,Taman Wawasan, Kawasan Semarak dan Kampung Jawa Kongsi 102.
“Sehingga kini, KKM telah merekodkan 85 kes positif iaitu 16 kes di Taman Millenium, Taman Wawasan (13 kes), Kawasan Semarak (55 kes) dan Kampung Jawa Kongsi 10 kes (12).
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan PKPD di empat lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Masidi berkata, bagi Kampung Pengaraban Kudat pula, sehingga kini, KKM telah melakukan 24 ujian saringan dan lapan kes positif telah direkodkan dengan kadar positiviti pula ialah 33.33 peratus.
Comentarios