PKPD di empat lokaliti mulai 5 Ogos hingga 18 Ogos iniPKPD di empat lokaliti mulai 5 Ogos hingga 18 Ogos ini
top of page
  • Writer's pictureMarryan Razan

PKPD di empat lokaliti mulai 5 Ogos hingga 18 Ogos ini



3 Ogos 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di empat lokaliti masing-masing satu di Keningau, Tenom, Penampang dan Tawau bermula 5 Ogos hingga 18 Ogos ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, lokaliti-lokaliti itu ialah Kampung Banjar Keningau, Kem 3 Sibulu Tenom, Penampang Baru Penampang dan Depot Tahanan Imigresen Tawau.


“Pelaksanaan PKPD di kesemua lokaliti itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, secara keseluruhannya sebanyak 163 lokaliti PKPD aktif di seluruh Sabah setakat hari ini.


“Daripada jumlah itu Kota Kinabalu mempunyai PKPD terbanyak iaitu 35 lokasi, diikuti Tawau (17 lokaliti), Penampang (15 lokaliti), Keningau (14 lokaliti), Tuaran (13 lokaliti), Beaufort dan Sandakan masing-masing 12 lokaliti PKPD dan Sipitang 10 lokaliti PKPD aktif.


“Daerah-daerah lain mempunyai PKPD aktif kurang daripada 10 lokaliti,” katanya.

bottom of page