• nabalunews

PKPD KG.LEBAK MAYOH DAN KG.SIASAI TAMU KOTA BELUD DITAMATKAN ESOK

Updated: Apr 8



7 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Lebak Moyoh dan Kampung Siasai Tamu, Kota Belud ditamatkan pada 8 April (esok).


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kerajaan memutuskan untuk menamatkan PKPD di kedua-dua lokaliti berkenaan, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai pihak dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.



"Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 558 ujian

saringan di Kampung Lebak Moyoh dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 13 kes telah direkodkan.


"KKM mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini adalah terkawal dan semua kes positif

telah menerima rawatan manakala kontak rapat telah diasingkan serta dipantau sehingga

hari ke-14," katanya dalam kenyataan akbar di sini hari ini.


Masidi berkata, bagi Kampung Siasai Tamu pula, sehingga kini, KKM telah melaksanakan 602 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak sembilan kes telah

direkodkan.


"KKM mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini terkawal dan kes terakhir yang dilaporkan

adalah pada 22 Mac lalu iaitu sebanyak lima kes," katanya.


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com