• Wartawan Nabalu News

PKPD DI KAMPUNG TANAH MERAH, KOTA MARUDU DILANJUTKAN SEHINGGA 22 MAC


Gambar hiasan

8 Mac 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tanah Merah Kota Marudu dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 22 Mac ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan masih terdapat 181 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan kes-kes positif masih dilaporkan di lokaliti ini.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu bermula 09 Mac 2021 hingga 22 Mac 2021,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Masidi berkata, sehingga kini KKM telah melaksanakan 319 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 26 kes positif Covid-19 telah direkodkan. Beliau berkata, kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kampung Tanah Merah, Kota Marudu dan dijadualkan tamat pada 08 Mac (hari ini).


ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com