top of page

PKPD di lapan lokaliti di Sabah bermula 27 Julai ini

Writer: Marryan RazanMarryan Razan


25 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersetuju melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di lapan lokaliti melibatkan beberapa daerah di Sabah bermula 27 Julai hingga 9 Ogos ini.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan setelah mengambil kira penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di lokaliti-lokaliti berkenaan.


"Lokaliti-lokaliti PKPD itu ialah Kampung Mananom Tongod, Taman Semarak Mega Tawau, Kampung Sangkabok Menumbok dan Ladang Belian Kalabakan.


"Turut dikenakan PKPD di dua lokaliti di Beaufort iaitu Kampung Batandok dan Kampung Menanjung. Manakala di Sipitang pula ialah Kampung Pelakat dan Kampung Pelakat Jaya serta Kampung Sumaang Ranau," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, setakat hari ini sebanyak 95 lokaliti PKPD yang aktif di seluruh Sabah kebanyakannya di Kota Kinabalu sebanyak 28 PKPD, Sipitang (12), Beaufort (lapan), Sandakan dan Keningau masing-masing tujuh PKPD, Tawau, Penampang dan Kudat masing-masing enam PKPD.


"Kota Belud dan Papar masing-masing dua lokaliti PKPD yang aktif, Pitas, Putatan dan Tuaran masing-masing dua lokaliti PKPD aktif dan masing-masing satu lokaliti PKPD di Lahad Datu, Kota Marudu dan Tongod," katanya.


Katanya lagi, kerajaan juga bersetuju untuk menamatkan PKPD di beberapa lokaliti selepas sidang khas MKN meneliti pembentangan KKM mengenai situasi semasa.


"PKPD ditamatkan di Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon Kota Belud, tiga lokaliti di Kota Kinabalu iaitu Jalan Pasir Likas, Taman Kuala Menggatal dan Kuarters Tangki Air Biru Telipok, Borneo Timber Tongod, Kampung Tebongon Putatan, Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Klias Beaufort," katanya.



Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page