top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

PKPD di sembilan lokaliti mulai 9 Ogos




7 Ogos 2021 Oleh Jacquline Ebit KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di sembilan lokaliti melibatkan daerah Tawau, Penampang, Sipitang, Papar dan Kudat bermula 9 Ogos hingga 20 Ogos ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, antara lokaliti yang terlibat ialah empat taman perumahan di Semarak, Tawau iaitu Taman Semarak Indah,  Taman Semarak Jaya,  Flat Sri Semarak, dan  Taman Sejati.


"Dua lokaliti di Penampang pula melibatkan Kampung Koidupan  Kampung Guunsing-Novunsu.


"Manakala Sipitang, Papar dan Kudat masing-masing satu lokaliti iaitu Kampung Marau di Sipitang, Kampung Baru Kimanis di Papar, dan Kampung Tanjong Kapor di Kudat. “Pelaksanaan PKPD di kesemua lokaliti itu dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Masidi berkata, secara keseluruhannya sebanyak 148 lokaliti PKPD aktif di seluruh Sabah setakat hari ini. “Daripada jumlah itu Kota Kinabalu mempunyai PKPD terbanyak iaitu 25 lokasi, diikuti Tawau (19 lokaliti), Penampang (16 lokaliti), Keningau (14 lokaliti), Beaufort (13 lokaliti) dan Tuaran sebanyak 11 lokaliti aktif. “Daerah-daerah lain mempunyai PKPD aktif kurang daripada 10 lokaliti,” katanya.


bottom of page